Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Rumah Pangsa PPR (Program Perumahan Rakyat) Bersepadu Senawang adalah merupakan sebuah kawasan perumahan kos rendah yang terletak bersebelahan dengan Taman Jasmin. PPR Senawang yang mula didiami pada tahun 2007 mempunyai 24 blok bangunan dengan jumlah rumah sebanyak 420 buah. Setakat awal April 2012 jumlah penduduk beragama Islam di sini ialah sekitar 4000 orang termasuk kanak-kanak.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023


PERTANDINGAN MENAIP PANTAS (ADVANCED)

Aktiviti Terkini | 15 Disember 2022

Pertandingan menaip pantas telah diadakan di Bilik Latihan PEDi Ppr Senawang...baca selanjutnya

PERTANDINGAN MENAIP PANTAS

Aktiviti Terkini | 12 November 2022

Pertandingan menaip pantas telah diadakan di Bilik Latihan PEDi Ppr Senawang...baca selanjutnya

PAMERAN KARNIVAL KOMUNITI KELUARGA MALAYSIA

Aktiviti Terkini | 8 Oktober 2022

Karnival Komuniti Keluarga Malaysia telah diadakan di Padang Nuri Taman Paroi Jaya, Seremban. Karnival ini melibatkan penglibatan 6 buah PEDi dan juga peserta-peserta MIV...baca selanjutnya

PROGRAM GOTONG ROYONG PERDANA KELUARGA MALAYSIA PPR BERSEPADU SENAWANG

Aktiviti Terkini | 10 September 2022

Aktiviti Gotong Royong Perdana Keluarga Malaysia Ppr Bersepadu Senawang adalah anjuran PSMK Ppr Bersepadu Senawang dengan Kerjasama SW Corp Negeri Sembilan, PKD Seremban, Unit Perumahan SUKNS, Kawasan Rukun Tetangga Ppr Senawang, PEDi, Surau Al Hira dan Surau M1...baca selanjutnya

PERTANDINGAN MEWARNA POSTER KEMERDEKAAN

Aktiviti Terkini | 25 Ogos 2022

Mengadakan pertandingan mewarna poster kemerdekaan sempena sambutan bulan kemerdekaan yang ke 65...baca selanjutnya

CAKNA KESIHATAN (INFLUENZA)

Aktiviti Terkini | 25 Julai 2022

Memberi penerangan kepada umum tentang penularan penyakit jangkitan virus influenza.Penerangan tentang apakah itu influenza, gejala influenza, cara penularan influenza, siapakah yang berisiko tinggi mendapat influenza dan juga cara untuk mencegah jangkitan influenza...baca selanjutnya

PENERANGAN TENTANG KEMUDAHAN PINJAMAN MIKRO BSN @ I SEMARAK PEDI

Aktiviti Terkini | 13 Jun 2022

Memberi penerangan kepada umum berkaitan kemudahan pinjaman mikro BSN khas untuk para usahawan di luar sana. Pendedahan tentang syarat-syarat pinjaman, cara untuk memohon dan juga kelayakan untuk memohon....baca selanjutnya

RUMAH TERBUKA SEMANIS AIDILFITRI KELUARGA MALAYSIA PPR BERSEPADU SENAWANG

Aktiviti Terkini | 27 Mei 2022

Rumah Terbuka Semanis Aidilfitri Keluarga Malaysia PPR Bersepadu Senawang merupakan anjuran KRT PPR Senawang bersama KPKT, SWCORP dan juga PEDi. Program ini melibatkan jemputan penduduk komuniti setempat dengan anggaran jemputan seramai 450 orang. Program bermula jam 3 Petang hingga 6.30 Petang....baca selanjutnya

PROGRAM GOTONG ROYONG MEMASAK NASI DAGING DAN AGIHAN KEPADA KOMUNITI SETEMPAT DI FLAT PPR SENAWANG

Aktiviti Terkini | 22 April 2022

Program gotong royong memasak nasi daging dan agihan kepada komuniti setempat di Flat PPR Senawang adalah program kerjasama antara Kawasan Rukut Tetangga (KRT), Pejabat Sekretariat Muafakat Komuniti (PSMK) dan juga PEDi PPR Senawang. Program ini bermula jam 12 Tengahari dan berakhir pada jam 6.30 petang...baca selanjutnya

SEKSUALITI REMAJA

Aktiviti Terkini | 22 Mac 2022

Program Advokasi KafeTEEN ini adalah program kolaborasi antara pihak Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dan Pusat Ekonomi Digital Keluarga (PEDi). Program ini melibatkan remaja yang berumur 13 tahun hingga 24 tahun. Program ini melibatkan remaja di kawasan Pusat Ekonomi Digital Keluarga PPR Senawang. Seramai 15 orang remaja terlibat dengan program kali ini...baca selanjutnya

KEKAL ABSTINEN KEKAL ABSTINEN

Aktiviti Terkini | 28 Februari 2022

Program Advokasi KafeTEEN ini adalah program kolaborasi antara pihak Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dan Pusat Ekonomi Digital Keluarga (PEDi). Program ini melibatkan remaja yang berumur 13 tahun hingga 24 tahun. Program ini melibatkan remaja di kawasan Pusat Ekonomi Digital Keluarga PPR Senawang. Seramai 20 orang remaja terlibat dengan program kali ini...baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI KAFETEEN

Aktiviti Terkini | 25 Januari 2022

Program Advokasi KafeTEEN ini adalah program kolaborasi antara pihak Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dan Pusat Ekonomi Digital Keluarga (PEDi). Program ini melibatkan remaja yang berumur 13 tahun hingga 24 tahun. Program ini melibatkan pelajar-pelajar tingkatan 4 Sekolah Menengan Teknik Tunku Jaafar(SMTTJ)...baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti