Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Rumah Pangsa PPR (Program Perumahan Rakyat) Bersepadu Senawang adalah merupakan sebuah kawasan perumahan kos rendah yang terletak bersebelahan dengan Taman Jasmin. PPR Senawang yang mula didiami pada tahun 2007 mempunyai 24 blok bangunan dengan jumlah rumah sebanyak 420 buah. Setakat awal April 2012 jumlah penduduk beragama Islam di sini ialah sekitar 4000 orang termasuk kanak-kanak.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023


KUIZ CUTI-CUTI MALAYSIA

Aktiviti Terkini | 29 Disember 2018

Aktiviti ini dilakukan adalah sempena bermulanya cuti persekolahan. Kuiz ini di adakan untuk mengasah ilmu pengetahuan mereka mengenai perkara yang terjadi di dalam Malaysia....baca selanjutnya

DIGI ACADEMY : DIGI MAKER CAMP 2.0 & GRADUATION DAY

Aktiviti Terkini | 25 - 29 November 2018

Program ini diadakan di Arus Academy, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Seramai 20 orang petugas Pusat Internet terpilih dan 20 orang pelajar terpilih yang telah menjalani latihan selama 4 bulan telah menyertai Digi Maker Camp 2.0 ini...baca selanjutnya

LATIHAN DALAM KUMPULAN : MEMBUAT BUKU SKRAP

Aktiviti Terkini | 25 November 2018

Aktiviti ini dilakukan adalah sempena bermulanya cuti persekolahan. Aktiviti ini mengfokuskan mengenai kerjasama di dalam kumpulan dan mengajak mereka berfikir dengan kreatif dan di luar kotak akal fikiran. Hal ini juga adalah untuk mengajak mereka sentiasa fokus dalam melakukan sesuatu perkara dan melatih mereka mempunyai sifat ‘leadership’ di dalam diri masing-masing....baca selanjutnya

Jom Sertai Digi Academy: Digital Literacy Programme

Berita Terkini | Ogos - November 2018


Kepada peserta yang berminat untuk menyertai bengkel ini, sila hubungi Pengurus atau Penolong Pengurus Pusat Internet yang terpilih.

‘ONLINE SUDOKU GAMES’

Aktiviti Terkini | 28 Oktober 2018

Pertandingan ini diadakan untuk mengajak adik-adik mempelajari mengenai permainan Sudoku. Ini adalah suapaya mereka lebih kreatif dan cekap berfikir untuk menyelesaikan sesuatu soalan dan faham mengenai bentuk Sudoku....baca selanjutnya

KUIZ BULAN KEMERDEKAAN

Aktiviti Terkini | 30 September 2018

Pertandingan ini diadakan untuk mengajak adik-adik mempelajari mengenai Hari Malaysia yang jatuh pada 16 September setiap tahun. Disamping itu juga memberi info mengenai KDB dan juga E-Waste....baca selanjutnya

KUIZ BULAN KEMERDEKAAN BERSAMA AHLI PPR SENAWANG

Aktiviti Terkini | 26 Ogos 2018

Pertandingan ini diadakan untuk mengajak adik-adik menghayati bulan kemerdekaan bersempena kemerdekaan Malaysia yang ke 61. Disamping itu juga memberi info mengenai KDB dan juga E-Waste....baca selanjutnya

‘WHISPER CHALLENGE’ BERSAMA AHLI PPR SENAWANG

Aktiviti Terkini | 29 Julai 2018

Pertandingan ini diadakan untuk mengajak adik-adik untuk lebih peka di samping mengisi masa lapang hujung minggu mereka dan juga untuk mengeratkan hubungan dengan ahli baru di PI PPR Senawang....baca selanjutnya

JAMUAN HARI RAYA SEMPENA SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI

Aktiviti Terkini | 24 Jun 2018

Jamuan raya ini diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan sesama ahli di PI PPR Senawang di samping menyambut hari raya bersama-sama....baca selanjutnya

KUIZ BULAN RAMADHAN BERSAMA ANAK-ANAK PPR SENAWANG

Aktiviti Terkini | 26 Mei 2018

Kuiz ini dijalankan untuk memberikan kesedaran tentang keindahan bulan ramadhan dan juga mempelajari perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa....baca selanjutnya

LATIHAN ASAS KESELAMATAN KEBAKARAN & PENGGUNAAN PEMADAM API DI BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT NILAI

Aktiviti Terkini | 07 April 2018

Program ini diadakan adalah untuk melatih para petugas PI1M bagaimana mengendalikan pemadam api dengan betul dan memadam api dengan cara yang betul. Ia juga mengajar menggunakan pemadam api yang sesuai sekiranya berlaku kebakaran di PI1M atau di rumah. Program ini juga memberi pengetahuan dan langkah-langkah keselamatan dan pencengahan sekiranya berlaku kebakaran....baca selanjutnya

BENGKEL MOBILE TO MOVIE

Aktiviti Terkini | 24 Mac 2018

Bengkel Mobile To Movie ini mengajar pelajar dari komuniti PPR Senawang dan juga ahli PI1M PPR Senawang dalam menghasilkan video pendek. Berkonsepkan nasihat, video pendek dapat dihasilkan oleh sekumpulan adik-adik ahli PI1M PPR Senawang....baca selanjutnya

E-Waste – Kempen Kitar Semula

Aktiviti Terkini | 24 Februari 2018

PI1M PPR Senawang menjadikan kempen kitar semula untuk memupuk sifat menjaga alam sekitar pada komuniti setempat. Tercetus idea ini apabila perbincangan bersama KRT PPR Senawang untuk menjaga kawasan sekitar PPR Senawang menjadi lebih bersih. Dengan idea ini, PI1M PPR Senawang akan membuat kempen secara kecil-kecilan mengenai kitar semula dan juga modul advokasi E-waste....baca selanjutnya

PROGRAM ADVOKASI - WORD SEARCH & COLOURING

Aktiviti Terkini | 28 Januari 2018

Program ini dijadikan sebagai 1 platform yang baharu dalam menyampaikan modul KDB yang lebih menarik dan menyeronokkan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti