PROGRAM GOTONG ROYONG MEMASAK NASI DAGING DAN AGIHAN KEPADA KOMUNITI SETEMPAT DI FLAT PPR SENAWANG

Aktiviti terkini |22 April 2022

Tempat Aktiviti:
Pintu Gerbang Flat PPR Senawang

Ringkasan Aktiviti :
• Program gotong royong memasak nasi daging dan agihan kepada komuniti setempat di Flat PPR Senawang adalah program kerjasama antara Kawasan Rukut Tetangga (KRT), Pejabat Sekretariat Muafakat Komuniti (PSMK) dan juga PEDi PPR Senawang. Program ini bermula jam 12 Tengahari dan berakhir pada jam 6.30 petang.

Tujuan :
• Memupuk semangat kerjasama antara komuniti setempat.
• Memberi sumbangan kepada masyarakat
• Memupuk kerjasama erat dan silaturrahim antara semua NGO-NGO yang terlibat.


Butir-butir berkaitan dengan aktiviti :
• Program gotong royong memasak di lakukan di gerai komuniti di Flat PPR Senawang, kemudian edaran dilakukan di pintu gerbang Flat PPR Senawang.
• Sebanyak 300 Bungkusan Makanan telah diserahkan kepada komuniti setempat.


Kebaikan / Kelebihan aktiviti :
• Dapat memupuk kerajasama antara komuniti setempat
• Dapat mendedahkan kepada komuniti tentang kewujudan PEDi di Flat PPR Senawang.
• Dapat menerangkan tentang peranan PEDi kepada komuniti.


: