Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Rumah Pangsa PPR (Program Perumahan Rakyat) Bersepadu Senawang adalah merupakan sebuah kawasan perumahan kos rendah yang terletak bersebelahan dengan Taman Jasmin. PPR Senawang yang mula didiami pada tahun 2007 mempunyai 24 blok bangunan dengan jumlah rumah sebanyak 420 buah. Setakat awal April 2012 jumlah penduduk beragama Islam di sini ialah sekitar 4000 orang termasuk kanak-kanak.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023


GOTONG-ROYONG BERSAMA AHLI PI PPR SENAWANG

Aktiviti Terkini | 28 Disember 2019

Tujuan program gotong-royong ini diadakan adalah memupuk kesedaran kepada ahli-ahli Pusat Internet PPR Senawang tentang kepentingan menjaga kebersihan serta menguatkan semangat kerjasama antara ahli. Disamping dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara ahli dan staf Pusat Internet PPR Senawang....baca selanjutnya

LATIHAN KURSUS PEMAKANAN & KEUSAHAWANAN

Aktiviti Terkini | 24 November 2019

PI PPR Senawang dipilih menjadi tempat untuk mengadakan latihan kursus pemakanan anjuran syarikat pemakanan iaitu NB Food Specialist dari Muar, Johor. Wakil mereka iaitu Pn Aina Syafiqah datang ke PI PPR Senawang pada jam 9 pagi untuk melakukan sesi pendaftaran....baca selanjutnya

MIV BERSAMA DTT

Aktiviti Terkini | 06 Oktober 2019

Program MIV Bersama DTT ini dijalankan oleh pihak MCMC yang memberikan tanggungjawab kepada ahli-ahli MIV untuk memberikan kesedaran serta menyebarkan maklumat kepada masyarakat tentang peralihan siaran analog kepada digital yang sedang berlaku di seluruh Malaysia....baca selanjutnya

KELAS ADOBE PHOTOSHOP BERSAMA MIV

Aktiviti Terkini | 28 September 2019

Kelas Adobe Photoshop bersama MIV ini diadakan untuk memberikan peluang kepada wakil MIV PI PPR Senawang mencurahkan ilmu kepada ahli-ahli PI PPR Senawang. Di samping dapat bersuai kenal antara satu sama lain dan menjalinkan hubungan erat antara mereka....baca selanjutnya

SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN

Aktiviti Terkini | 27 Ogos 2019

Sambutan Hari Kemerdekaan kerjasama bersama Tadika Gerak Minda Senawang diadakan dengan adik adik untuk menunjukkan semangat kemerdekaan yang semakin luntur di kalangan anak anak kecil. Sambutan ini juga diadakan untuk mengembalikan nostalgia kemerdekaan dengan membuat aktiviti berkaitan dengan kemerdekaan....baca selanjutnya

PROGRAM MIV BERSAMA KOMUNITI DI PI SRI PAJAM

Aktiviti Terkini | 21 Julai 2019

Program MIV bersama komuniti ini dilaksanakan di PI Sri Pajam dan bergabung bersama Pusat Internet yang lain iaitu PI Pajam, PI Templer, PI Bukit Inai, PI Lenggeng dan juga PI PPR Senawang. Tujuan ini diadakan adalah untuk memberi pengetahuan awal kepada MIV mengenai KDB dilaksanakan di Pusat Internet....baca selanjutnya

Permainan Jigsaw Puzzle Online

Aktiviti Terkini | 28 Jun 2019

Kuiz ini dijalankan bagi meningkatkan ketajaman minda dan juga daya kreativiti mereka. Disamping mengeratkan hubungan silaturrahim antara staf dan ahli PI PPR Senawang....baca selanjutnya

KUIZ ONLINE BULAN RAMADHAN

Aktiviti Terkini | 25 Mei 2019

Kuiz ini dijalankan bagi memberikan kesedaran tentang keindahan bulan ramadhan dan juga mempelajari perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa....baca selanjutnya

PERMAINAN ‘UNBLOCK ME’

Aktiviti Terkini | 27 April 2019

Aktiviti ini diadakan bagi meningkatkan daya kreativiti ahli di PI PPR Senawang disamping dapat mengeratkan hubungan antara ahli dan staff PI PPR Senawang....baca selanjutnya

PERTANDINGAN MEWARNA ONLINE

Aktiviti Terkini | 30 Mac 2019

Aktiviti ini diadakan bagi meningkatkan daya kreativiti ahli di PI PPR Senawang disamping dapat mengeratkan hubungan antara ahli dan staff PI PPR Senawang....baca selanjutnya

PERMAINAN JENGA ANTARA AHLI PI PPR SENAWANG

Aktiviti Terkini | 23 Februari 2019

Aktiviti ini diadakan bagi merapatkan lagi hubungan silaturahim antara petugas dan ahli PI PPR Senawang disamping dapat mengasah pemikiran kreatif mereka...baca selanjutnya

TAKLIMAT KDB, E-WASTE DAN PERANCANGAN PROGRAM 2019”

Aktiviti Terkini | 24 Januari 2019

Taklimat ini diadakan sempena menyambut tahun baru 2019 bertujuan untuk memupuk kesedaran mengenai Klik Dengan Bijak dan E-Waste...baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan...baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian...baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan...baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti