Mengenai Kami

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

Pusat Internet yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap Pusat Internet menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan Pusat Internet, diharapkan ia akan menyumbang ke arah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif



Sejarah

Rumah Pangsa PPR (Program Perumahan Rakyat) Bersepadu Senawang adalah merupakan sebuah kawasan perumahan kos rendah yang terletak bersebelahan dengan Taman Jasmin. PPR Senawang yang mula didiami pada tahun 2007 mempunyai 24 blok bangunan dengan jumlah rumah sebanyak 420 buah. Setakat awal April 2012 jumlah penduduk beragama Islam di sini ialah sekitar 4000 orang termasuk kanak-kanak.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2016 | TAHUN 2017 | TAHUN 2018 | TAHUN 2019 | TAHUN 2020 | TAHUN 2021 | TAHUN 2022 | TAHUN 2023


PERTANDINGAN MENAIP

Aktiviti Terkini | 23 Disember 2017

Program ini dijadikan satu program yang memberikan peluang kepada anak-anak kecil menyerlahkan bakat mereka dalam penggunaan komputer....baca selanjutnya

DIGI CYBERSAFE & KLIK DENGAN BIJAK

Aktiviti Terkini | 26 November 2017

Program ini diolah kembali dari program advokasi kepada versi LDK. Ia ialah permulaan bagi staff PI1M untuk menjadikan sebagai satu penyampaian maklumat secara lebih menarik. ...baca selanjutnya

LATIHAN E-USAHAWAN BERSAMA GIATMARA SEREMBAN

Aktiviti Terkini | 17 Oktober 2017

Program ini pihak PI1M PPR Senawang telah bekerjasama dengan pihak GIATMARA Seremban dalam menjalankan kelas E-Usahawan untuk pelajar terpilih dari Giatmara Seremban. Pada awalnya seramai 15 pelajar terpilih, tetapi cuma 5 pelajar tidak dapat hadiri program ini. Dan secara keseluruhannya jumlah pelajar yang terlibat ialah 10 orang dan 2 orang wakil dari GIATMARA SEREMBAN....baca selanjutnya

'DIGI - PETROSAINS ROBOTIC PROGRAMME 2017 : YOUNG PI1M INVENTORS CHALLLENGE'

Aktiviti Terkini | 06 - 07 Oktober 2017

Dalam mencetus kreativiti dan inovasi di kalangan komuniti setempat, PI1M di bawah seliaan Digi telah mengambil inisiatif untuk menjalankan program melalui usahasama Petrosains iaitu 'Digi - Petrosains Robotic Programme 2017' bertempat di Digi Telecommunication Sdn. Bhd., Shah Alam, Selangor pada 06 - 07 Oktober 2017....baca selanjutnya

HARI TERBUKA PI1M

Aktiviti Terkini | 30 September 2017

Tujuan Hari Terbuka ini diadakan kerana untuk menunjukkan penghargaan pihak PI1M pada komuniti PPR Senawang dengan mengadakan aktiviti untuk mengeratkan lagi silaturahim....baca selanjutnya

'Qualifying Round - Digi-Petrosains Robotic Programme 2017 : Young PI1M Inventors Challenge'

Aktiviti Terkini | 14 September 2017

Tujuan program ini adalah untuk menyediakan program pembelajaran yang dapat membantu pelajar dengan kemahiran untuk berjaya dalam peluang kerjaya abad ke-21 dan memberi inspirasi kepada mereka untuk menjadi pemikir yang lebih kreatif dan kritis, inovatif dan celik komputer....baca selanjutnya

'OUR HANDS IN JALUR GEMILANG'

Aktiviti Terkini | 26 Ogos 2017

Aktiviti ini dapat memupuk semangat mencintai Malaysia dan menghargai jasa pemimpin dan perwira yang menjayakan kemerdekaan dan juga mempertahankannya sehingga sekarang. Kain rentang yang dibina bersama-sama, menggunakan tapak tangan untuk melukiskan bendera Malaysia dan juga bersama-sama menghiasi PI1M PPR Senawang dengan bendera Malaysia untuk memberikan unsur semangat kemerdekaan....baca selanjutnya

'Digi - Petrosains Robotic Workshop 2017'

Aktiviti Terkini | 25 - 27 Julai 2017

Tujuan utama program ini adalah untuk memperkenalkan dan memberi pengetahuan tentang bidang robotik kepada pelajar-pelajar yang tidak atau kurang berpeluang tetapi mempunyai rasa ingin tahu tentang robotik...baca selanjutnya

DIGI PRODUCT, MOBILE E-WASTE AND JAMUAN SARAPAN PI1M PPR SENAWANG

Aktiviti Terkini | 22 Julai 2017

Sempena hujung bulan Syawal, Pusat Internet 1Malaysia mengeratkan silaturahim diantara para ahli PI1M dengan mengadakan jamuan sarapan bersama. Dengan peluang dapat mengumpulkan ahli-ahli PI1M, ia dapat memberikan kesedaran terhadap pencemaran dengan memberi serba sedikit taklimat mengenai Mobile E-waste serta memberikan maklumat mengenai produk Digi yang sedia ada dan terbaharu....baca selanjutnya

PERTANDINGAN KAD RAYA ONLINE

Aktiviti Terkini | 17 Jun 2017

Bagi bulan JUN sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba ini, PI1M PPR SENAWANG ingin mengadakan aktiviti “ PERTANDINGAN KAD RAYA ONLINE ” iaitu satu program yang dapat memberi semangat menyambut hari raya oleh pihak komuniti dan juga PI1M PPR Senawang....baca selanjutnya

KLIK DENGAN BIJAK & E-WASTE : KUIZ BERKUMPULAN

Aktiviti Terkini | 25 Mei 2017

Aktiviti ini memberi penerangan tentang Klik Dengan Bijak dan juga E-Waste dan menguji semangat berpasukan. Selain itu, dapat menguatkan lagi hubungan dari pihak Pusat Internet 1 Malaysia kepada penduduk komuniti....baca selanjutnya

PUBLIC SPEAKING

Aktiviti Terkini | 22 April 2017

PI1M PPR SENAWANG telah mengadakan aktiviti “PUBLIC SPEAKING – BOOST YOUR CONFIDENCE” iaitu satu program dimana memberi tunjuk ajar, menggalakkan dan mempraktikkan Bahasa inggeris di dalam rutin harian....baca selanjutnya

DARI IDEA KE DIGITAL

Aktiviti Terkini | 24 Mac 2017

Tujuan aktiviti ini diadakan, ialah untuk memberi peluang kepada penduduk komuniti berpeluang berkongsi idea mereka untuk mempromosikan kemudahan ini kepada penduduk setempat melalui poster yang dicipta. Pertandingan ini juga diadakan kerana untuk menguji kebolehan peserta setelah mengikut kelas latihan ICT di pusat internet....baca selanjutnya

KUIZ KLIK DENGAN BIJAK

Aktiviti Terkini | 10 Februari 2017

Tujuan aktiviti ini diadakan, bagi memberi pendedahan kepada komuniti setempat tentang kepentingan ICT. Quiz diadakan bagi menguji pemahan mereka sepanjang program diadakan bagi memberi pendedahan kepada mereka tentang dunia ICT hari ini....baca selanjutnya

PEMBELAJARAN SECARA ONLINE ORIGAMI TAGLUNG MELALUI YOUTUBE & GOOLE

Aktiviti Terkini | 21 Januari 2017

Tujuan aktiviti ini diadakan, bagi memupuk sikap perpaduan antara kaum untuk saling mengenali tradisi yang diadakan bagi perayaan Tahun Baru Cina. Origami taglung ini adalah salah satu cara mengembangkan idea dan kreativiti penduduk sekitar dengan mereka cipta pelbagai jenis taglung yang mereka hasilkan....baca selanjutnya

lagi berita & aktiviti