KELAS ADOBE PHOTOSHOP BERSAMA MIV

Aktiviti terkini | 28 September 2019

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet PPR Senawang

Ringkasan Aktiviti :
• Wakil MIV bagi PI PPR Senawang tiba pada pukul 2 petang untuk menjalankan kelas ‘Photoshop’bersama ahli-ahli PI PPR Senawang.
• Ahli-ahli mula memenuhi Bilik Training PI PPR Senawang pada pukul 2:15 petang untuk mengikuti Kelas ‘Photoshop’ bersama MIV.
• Kelas ‘Photoshop’ bermula pada 2:30 petang tepat selepas semua ahli PI PPR Senawang telah bersedia dihadapan PC masing-masing.
• Pada jam 4:30 petang, kelas berakhir dan semua bersurai.

Tujuan :
Kelas Adobe Photoshop bersama MIV ini diadakan untuk memberikan peluang kepada wakil MIV PI PPR Senawang mencurahkan ilmu kepada ahli-ahli PI PPR Senawang. Di samping dapat bersuai kenal antara satu sama lain dan menjalinkan hubungan erat antara mereka.

Kelebihan Aktiviti :
• Memberikan peluang kepada wakil MIV untuk mengajar komuniti/ahli PI PPR Senawang.
• Mengeratkan hubungan ahli PI PPR Senawang bersama wakil MIV PI PPR Senawang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :