MIV BERSAMA DTT

Aktiviti terkini | 06 Oktober 2019

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet Rantau

Ringkasan Aktiviti :
• Staff PI PPR Senawang dipilih menjadi ahli MIV PI RP Senawang 1 untuk program MIV Bersama DTT 2019 yang bertempat di PI Rantau.
• Wakil dari MCMC tiba di PI Rantau pada pukul 9 pagi, dan proses pendaftaran bagi ahli-ahli MIV dijalankan selepas itu.
• Setelah selesai proses pendaftaran, kesemua ahli MIV berkumpul di dalam ‘Training Room’, pihak MCMC mula menerangkan tujuan program tersebut dijalankan.
• Program berakhir pada pukul 11 pagi dan disusuli jamuan ringan yang disediakan oleh pihak PI Rantau.

Tujuan :
Program MIV Bersama DTT 2019 ini dijalankan oleh pihak MCMC yang memberikan tanggungjawab kepada ahli-ahli MIV untuk memberikan kesedaran serta menyebarkan maklumat kepada masyarakat tentang peralihan siaran analog kepada digital yang sedang berlaku di seluruh Malaysia.

Kelebihan Aktiviti :
• Memberikan kesedaran serta maklumat kepada masyarakat tentang peralihan siaran analog kepada digital.
• Menyemarakkan semangat kesukarelawan ahli MIV.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :