LATIHAN KURSUS PEMAKANAN & KEUSAHAWANAN

Aktiviti terkini | 24 November 2019

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet PPR Senawang

Ringkasan Aktiviti :
• PI PPR Senawang dipilih menjadi tempat untuk mengadakan latihan kursus pemakanan anjuran syarikat pemakanan iaitu NB Food Specialist dari Muar, Johor.
• Wakil mereka iaitu Pn Aina Syafiqah datang ke PI PPR Senawang pada jam 9 pagi untuk melakukan sesi pendaftaran.
• Selepas semua peserta mendaftarkan diri, mereka akan diberi taklimat dan kursus dijalankan hampir 3 jam.
• Kursus tamat jam 12.45pm dan sesi bergambar serta sijil diberikan kepada peserta yang hadir.
• Pada jam 1 petang, semua bersurai.
Tujuan :
Tujuan program latihan kursus pemakanan ini diadakan adalah merupakan kursus wajib bagi setiap pengendali makanan dan tertakluk di bawah Akta Makanan 1983 & Peraturan –peraturan Kebersihan Makanan (PPKM) 2009 di mana menjadi satu kesalahan menjalankan perniagaan tanpa menghadiri kursus ini terlebih dahulu.

Kelebihan Aktiviti :
• Mengumpulkan usahawan sekitar Senawang untuk bekerjasama dengan Pusat Internet PPR Senawang.
• Memberi kesedaran dan ilmu kepada peniaga mengenai kepentingan bisnes pemakanan dan langkah langkah sebelum memulakan perniagaan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :