GOTONG-ROYONG BERSAMA AHLI PI PPR SENAWANG

Aktiviti terkini | 28 Dis 2019

Tempat Aktiviti:
Pusat Internet PPR Senawang

Ringkasan Aktiviti :
• Ahli Pusat Internet PPR Senawang berkumpul di Cyber Hall pada pukul 10 pagi
• Staf PI memberikan sedikit taklimat dan agihan tugasan kepada setiap ahli PI PPR Senawang yang terlibat
• Ahli PI PPR Senawang melaksanakan tugasan yang diberikan bersama-sama
• Sesi gotong royong tamat pada pukul 11:30am, dan disusuli dengan jamuan ringan yang disediakan oleh staf Pusat Internet
• Pada jam 12 tengahari, semua bersurai

Tujuan :
Tujuan program gotong-royong ini diadakan adalah memupuk kesedaran kepada ahli-ahli Pusat Internet PPR Senawang tentang kepentingan menjaga kebersihan serta menguatkan semangat kerjasama antara ahli. Disamping dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara ahli dan staf Pusat Internet PPR Senawang.

Kelebihan Aktiviti :
• Memupuk kesedaran kepada ahli-ahli Pusat Internet PPR Senawang tentang kepentingan menjaga kebersihan
• Menguatkan semangat kerjasama antara ahli
• Mengeratkan hubungan silaturahim antara ahli dan staf Pusat Internet PPR Senawang

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti dijalankan :